Fahmi kesal kenyataan Hadi tiada keperluan naik harga minyak

MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil kesal dengan terhadap kenyataan  Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang mendakwa tiada keperluan untuk Malaysia menaikkan harga minyak.

Katanya, kenyataan Presiden Pas itu tidak selari dengan keadaan sebenar pasaran tenaga global ketika ini, yang turut memberi kesan kepada banyak negara.

“Saya tidak pasti sama ada beliau diberikan maklumat yang tepat. Sebagai contoh, harga diesel di Thailand ketika ini jauh lebih tinggi berbanding harga dalam negara kita. Tidak ada negara di dunia yang tidak terkesan sehingga terpaksa menyesuaikan harga bahan api masing-masing, termasuk negara seperti Emiriah Arab Bersatu,” katanya yang juga jurucakap kerajaan pada sidang media mingguan di Putrajaya.

Fahmi berkata, apa yang dikesalkan isu kenaikan minyak sebelum ini telah dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Perdana Menteri bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri, yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar namun tiada apa-apa isu yang dibangkitkan.

Bagaimanapun kata beliau hanya Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mengemukakan pertanyaan, manakala wakil negeri diterajui pembangkang tidak mengambil peluang untuk mendapatkan penjelasan.

“Ruang dan peluang untuk membangkitkan isu ini telah diberikan sepenuhnya dalam mesyuarat bersama Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Besar serta Ketua Menteri.  Namun, perkara itu tidak dibangkitkan oleh wakil negeri lain,” katanya.

Fahmi berkata, kerajaan komited memastikan maklumat berkaitan krisis tenaga global disampaikan secara tepat dan telus kepada rakyat bagi mengelakkan kekeliruan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img