Pengarah Miss Universe Thailand mohon maaf selepas kontroversi hina peserta

PENGARAH Miss Universe Thailand, Nawat Itsaragrisil, tampil memohon maaf susulan insiden memarahi peserta Miss Universe 2025, Fatima Bosch kerana tidak memuat naik bahan promosi berkaitan Thailand di media sosial.

Kejadian yang berlaku Selasa lalu itu mencetuskan kemarahan antarabangsa selepas rakaman video menunjukkan Nawat, 60, berkata: “Jika kamu ikut arahan pengarah negara kamu, kamu bodoh.”

Presiden Pertubuhan Miss Universe, Raul Rocha, mengecam tindakan Nawat dan memaklumkan pihaknya akan menyekat pembabitan Nawat dalam acara berkaitan pertandingan tahun ini.

Semalam, ketika majlis sambutan rasmi Miss Universe 2025, Nawat tampil memohon maaf secara terbuka, dengan menyatakan beliau berdepan tekanan besar ketika kejadian berlaku.

“Saya manusia biasa. Kadang-kadang saya tidak dapat mengawal emosi. Namun, saya tidak berniat untuk menyakiti sesiapa kerana saya menghormati anda semua.

“Saya benar-benar minta maaf atas apa yang berlaku,” katanya sambil tunduk hormat ke arah semua peserta.

Dalam sidang media berasingan, Nawat bagaimanapun menafikan menggunakan perkataan bodoh, sebaliknya mendakwa beliau menyebut perkataan ‘damage’ (rosak).

“Saya tidak pernah sebut ‘bodoh’ walau sesaat. Saya kata ‘damage’ – maksudnya jika Bosch percaya dan mengikut arahan pengarah negaranya, itu akan membawa kerosakan,” jelasnya.

Kontroversi ini turut menyaksikan beberapa peserta lain bertindak keluar dari majlis sebagai tanda solidariti terhadap Bosch.

Dalam kenyataan rasmi, Miss Universe Mexico menyifatkan insiden itu sebagai “tidak boleh diterima” dan menegaskan, tiada wanita patut dihina atau dipermalukan di pentas antarabangsa.

Miss Universe 2025 dijadual berlangsung pada 21 November ini di Impact Challenger Hall, Nonthaburi, Thailand.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img