Pegawai polis wanita ditahan kerja dakwa anggota polis ugut lelaki warga Pakistan

SEORANG pegawai polis wanita yang ditahan kerja sejak tahun lalu, mencetuskan kekecohan apabila menuduh anggota polis mengugut lelaki warga Pakistan yang ditahan kerana memandu tanpa lesen di Jalan Ipoh, Chow Kit di ibu negara pada Selasa lalu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam apabila lelaki Pakistan berusia 34 tahun yang bekerja di sebuah kedai pakaian ditahan sepasukan anggota polis untuk pemeriksaan selepas didapati tidak memiliki lesen memandu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, ketika pemeriksaan dijalankan, wanita itu tiba-tiba datang dari arah belakang dan mendakwa anggota polis bertugas mengugut lelaki berkenaan.

“Wanita itu turut memperlekehkan pihak polis dengan menuduh anggota berkenaan tidak mengetahui undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Sinar Harian.

Video kekecohan yang berlaku di Jalan Ipoh itu kini turut tular dalam media sosial.

Fadil berkata, susulan kejadian itu, anggota polis terbabit telah membuat laporan.

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil. Siasatan lanjut sedang dijalankan,” ujar beliau.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img