SPRM bakal dakwa 49 pegawai, bekas pegawai bank terlibat rasuah dengan firma guaman

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa secara besar-besaran pegawai dan bekas pegawai beberapa institusi perbankan yang disyaki menerima rasuah daripada firma guaman dalam menguruskan ratusan dokumen perjanjian pembiayaan kewangan yang dimohon pelanggan.

Bahagian Komunikasi Strategik SPRM dalam satu kenyataan berkata, seramai 49 individu akan didakwa di mahkamah secara berperingkat sepanjang bulan ini dan kesemua pertuduhan akan dilakukan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor.

Menurut kenyataan itu, kesemua suspek dipercayai menerima rasuah atau komisen daripada beberapa firma guaman sebagai balasan melantik firma-firma guaman terbabit untuk menguruskan dokumen perjanjian pembiayaan kewangan oleh pelanggan yang memohon pembiayaan kewangan di beberapa institusi perbankan antara tahun 2018 hingga 2023.

“Kegiatan rasuah melibatkan firma guaman dan pegawai bank itu berjaya dibongkar SPRM menerusi Op Tiger yang dijalankan sekitar Jun 2024 yang mana ada bayaran komisen atau upah ini dibayar sebelum urusan pinjaman pelanggan ini selesai,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kesemua mereka akan dituduh di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 melibatkan 249 pertuduhan keseluruhannya membabitkan nilai rasuah hampir RM700,000.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img