Tragedi bot karam: Laporan awal dibentang di Mesyuarat Kabinet esok

LAPORAN awal berkaitan tragedi bot karam yang membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan sempadan Malaysia–Thailand dekat Langkawi akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet esok.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, laporan awal itu membabitkan beberapa isu yang mana tragedi itu juga menjadi tumpuan dunia.

“Saya diminta oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk sampaikan sebab ini kemungkinan membabitkan jenayah terancang, pemerdagangan manusia, dan pelbagai perkara (lain-lain isu berkait),” dalam ucapan PDRM Special Dialogue IV 2025 di Sepang hari ini, lapor Sinar Harian.

Dalam kejadian Ahad lalu, sebuah bot dipercayai membawa 90 PATI dari Myanmar, Bangladesh dan Rohingya pecah di laut berhampiran sempadan perairan Malaysia-Thailand.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah dilaporkan berkata, bot itu adalah sebahagian daripada kapal besar yang membawa kira-kira 300 orang sebelum dihantar sindiket ke tiga bot kecil ketika menghampiri sempadan negara.

Dalam pada itu, Saifuddin menyatakan penghargaan kepada pihak berkuasa dan pasukan penyelamat yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang membabitkan kekuatan seramai 177 pegawai dan anggota.

“Saya mengucapkan syabas terhada anggota dan pegawai termasuk dari Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

“Itu semua kita aktifkan bilik gerakan dengan penggunaan teknologi radar dan sebagainya,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img