Jangan kompromi terhadap artis berpakaian menjolok mata

SUARA AWANG SELAMAT

AWANG sokong 100% kalau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan nak kaji semula garis panduan pakaian untuk selebriti atau artis agama Islam.

Awang rasa dah sampai masanya untuk kita bertegas soal tersebut, sebab dari semasa ke semasa, makin ramai artis perempuan berpakaian bukan kata menjolok dan nak terkeluar biji mata tengok cara mereka pakai baju.

Bila netizen tegur mulalah nak jawap macam orang otak cetek,’’I tak kisah apa orang kata, Tuhan tahu niat I’’ atau ‘’I pakai macam ni, ni hak I…i tak kacau sapa-sapa”…aduh nak tergolek Awang gelak..

Awang berpendapat, bagus sangat kalau JAKIM bukan sahaja buat garis panduan malah boleh syorkan untuk gubal undang-undang supaya artis yang pakai tak senonoh ni dikenakan tindakan undang-undang syariah.

Dulu artis rambut panjang pun kena tindakan dan kita juga ada undang-undang hukum lelaki berpakaian perempuan. Oleh itu apa Istimewa artis perempuan beragama Islam yang pakai tak senonoh!

Awang pelik apa yang seronok sangat pakai baju yang terdedah sana terdedah sini macam baju tak cukup kain ni? Atau yang pakai baju nampak segala bentuk badan? Kalau mereka nak pakai dalam rumah..lantakla..tapi kalau mereka paparkan dalam media tak kisah media rasmi ke  atau media sosial peribadi mereka ke..mereka mesti ikut garis panduan atau patuhi undang-undang.

Oleh itu Awang harap Pak Menteri Agama, Datuk Mohd Na’im Mokhtar arahkan JAKIM bertindak buat garis panduan ketat ke atas artis yang nak sangat ‘berpakaian tak senonoh’ ni..jangan kompromi lagi..

Mereka yang bersalah harus dikenakan hukuman sebagai pengajaran sebab perbuatan mereka boleh mencemarkan Islam. Nak jadi artis popular tak perlu berpakaian tak senonoh, semua tu tak bertahan lama.Yang penting bakat. Sampai bila nak harap pakai seksi untuk popular?

Ramai lagi artis yang berjaya tanpa perlu pakai macam tu…ramai yang jadi amat popular kerana bakat lakonan dan suara merdu.

Akhirnya sekali Awang nak nasihatkan artis yang pakai tak senonoh janganlah dedah aib sendiri. Matangla sikit, buat perangai baik yang boleh dicontohi bukannya buat perangai nak bagi orang maki! Ni semua duniawi, akhirat menanti…

Awang : tak suka dedah-dedah

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img