Kastam Pulau Pinang rampas minuman keras seludup bernilai RM2.71 juta

ISYTIHAR barangan import sebagai ammonia bikarbonat iaitu bahan kimia untuk pembuatan makanan, namun sebaliknya muatan kontena penuh dengan pelbagai jenis minuman keras.

Namun taktik itu berjaya dipatahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang yang berjaya merampas minuman keras bernilai RM2.71 juta termasuk cukai yang cuba diseludup masuk ke negara ini melalui Pelabuhan Barat Klang, Selangor bulan lalu.

Pengarah JKDM negeri, Datuk Rohaizad Ali berkata, rampasan itu hasil pemeriksaan sepasukan pegawai Unit Operasi, Bahagian Penguatkuasaan JKDM Pulau Pinang ke atas tiga kontena yang ditahan ketika tiba di pelabuhan pada 16 Oktober.

“Hasil pemeriksaan menemukan sejumlah 116,952 tin bir import dalam kontena. Sindiket didapati membuat pengisytiharan palsu dengan mengikrarkan dagangan sebagai ammonia bikarbonat bagi mengelirukan JKDM,” katanya pada sidang media di Stor Penguatkuasaan Bagan Jermal di Butterworth hari ini, lapor Bernama.

Rohaizad berkata, pemeriksaan mendapati kontena itu berasal dari negara di Asia Timur dan diimport oleh sebuah syarikat tempatan di Cheras, Kuala Lumpur serta dikendalikan oleh syarikat perkapalan antarabangsa yang mempunyai anak syarikat di ibu negara.

Siasatan lanjut sedang dilakukan JKDM termasuk untuk mengenal pasti pihak terlibat mengikut Seksyen 52(1), Seksyen 52(3) dan Seksyen 52(4) Akta Kastam 1967, kata beliau.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img