40 pelajar, pensyarah UUM antara rakyat Malaysia terkandas banjir di Hatyai

SEBANYAK 36 pelajar dan empat pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) terkandas di Hatyai berikutan banjir yang melanda bandar selatan Thailand itu hari ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang menjalankan tugas Naib Canselor UUM, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, kesemua pelajar dan tenaga pengajar university itu berada di sana untuk menyertai program pertukaran pelajar Thai-MYS Cultural Exchange Programme 2025.

“Mereka daripada Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) yang mengikuti program itu bermula Isnin hingga 30 November.

“Setakat ini, kesemua pelajar dan pensyarah pengiring, dilaporkan dalam keadaan selamat dan universiti sedang menyelaras tindakan yang perlu, bagi memastikan urusan kumpulan ini dapat diteruskan dengan baik setelah keadaan kembali pulih,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Ahmad Martadha berkata, kebajikan dan keselamatan semua pelajar serta staf menjadi keutamaan dan pihak universiti sedang memantau keadaan itu secara berterusan.

Beliau berkata pihaknya turut berhubung rapat dengan Konsulat Malaysia di Hatyai bagi memastikan bantuan dan sokongan dapat diberikan segera.

“Keluarga pelajar dan staf yang terlibat juga dinasihatkan bertenang dan tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih.

“Perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. UUM komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan semua pelajar serta staf terjamin, khususnya dalam situasi tidak dijangka seperti ini,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img