Ular sawa gigit pekerja farmasi wanita dalam tandas

SEORANG wanita melalui detik mencemaskan apabila kakinya digigit seekor ular sawa ketika menggunakan tandas di sebuah farmasi di Setia Alam, Shah Alam hari ini.

Mangsa yang berusia 23 tahun dan bekerja di farmasi itu telah digigit ular berkenaan ketika berada di dalam tandas premis tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.46 petang.

“Seramai enam anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong bergegas ke lokasi farmasi yang terletak kira-kira 16 kilometer dari balai,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba pada jam 4.04 petang, mereka mendapati mangsa sedang menahan kesakitan selepas digigit ular berkenaan.

“Anggota bomba berjaya melepaskan gigitan ular pada kaki mangsa. Kakitangan farmasi itu segera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk rawatan selanjutnya.

“Ular sawa sepanjang dua meter itu pula dilepaskan di tempat yang selamat,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img