Gambar anjing selamatkan kucing sewaktu banjir di Thailand sentuh perasaan

BENCANA banjir yang melanda beberapa wilayah di selatan Thailand ketika ini mewujudkan ribuan koleksi gambar kejadian yang menarik, malah ada yang mampu menyentuh perasaan.

Beberapa keping gambar yang tular ketika ini termasuk foto seekor anjing yang menyelamatkan anak kucing sambil meredah air di Songkhla, Thailand.

Anjing itu dengan wajah cemas dan penat menggonggong seekor anak kucing sambil menuju ke arah sebuat bot penyelamat untuk diberi bantuan.

Foto itu bukan sahaja meruntun perasaan manusia, malah ia menggambarkan betapa haiwan juga mempunyai naluri kasih sayang untuk berusaha menyelamatkan haiwan lain tatkala dilanda musibah.

Berdasarkan turutan gambar, anjing itu akhirnya melaksanakan `misi bantuannya’ apabila berjaya diselamatkan anggota penyelamat.

Haiwan itu bersama anak kucing yang diselamatkannya dibawa naik ke atas bot serta diselimutkan untuk mengurangkan kesejukan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img