Warga emas lesap RM184,000 diperdaya lelaki menyamar rakan anak

SEORANG wanita warga emas menjadi mangsa penipuan seorang lelaki dengan mengambil kesempatan menyamar sebagai rakan anaknya yang sudah lama menghilangkan diri disebabkan masalah hutang mengakibatkan mangsa kerugian sebanyak RM184,500.

Mangsa yang berusia 63 tahun sebelum itu dihubungi menerusi telefon oleh seorang lelaki yang memaklumkan kononnya anak lelaki wanita itu telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor dan memerlukan wang untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa yang sudah lama terputus hubungan dengan anak lelakinya termakan dengan cerita suspek dan memasukkan wang untuk kos rawatan di hospital berkenaan.

“Sepanjang tempoh 9 Oktober hingga 24 November lalu, mangsa telah membuat 21 kali pembayaran ke beberapa akaun seperti diarahkan menggunakan wang simpanan hasil bekerja sebagai kerani,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Azli, mangsa bagaimanapun mula mengesyaki dia ditipu selepas percubaannya untuk bertemu suspek dan anak lelakinya di Kuala Lumpur gagal.

“Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img