Video fitnah terhadap Azam Baki: Pegawai SPRM buat laporan polis

SEORANG pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat laporan polis berhubung klip video tular di media sosial dan didakwa mengandungi tohmahan terhadap Ketua Pesuruhjaya suruhanjaya itu, Tan Sri Azam Baki.

Menurut sumber, laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya susulan penularan video perbualan antara seorang wanita dikenali sebagai Sofia Rini Buyong dengan ahli perniagaan Albert Tei.

Dalam klip berkenaan, ada dakwaan kononnya seorang individu telah berjumpa Azam bagi meminta supaya kes membabitkan Tei diringankan serta diselesaikan secara ‘baik’ tanpa berlarutan.

“Laporan polis ini dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap tohmahan itu yang disifatkan sebagai berniat jahat dan tidak berasas,” kata sumber itu, lapor FMT.

Beliau berkata, kandungan video itu bukan sahaja bertujuan menjejaskan reputasi peribadi Azam malah mencemar imej serta kredibiliti agensi berkenaan.

Sementara itu, Bahagian Komunikasi Strategik SPRM mengesahkan laporan polis itu bagi membolehkan siasatan terhadap kedua-dua individu yang terlibat dalam perbualan itu.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img