Vape dicampur dadah bernilai lebih RM3 juta untuk pasaran tempatan dirampas

POLIS Selangor menumpaskan sindiket membekal dan menjual vape yang dicampur dengan dadah ketamin bernilai lebih RM3 juta selepas menyerbu sebuah premis di Klang pada 27 November lalu.

Dalam serbuan itu, polis turut menahan tiga suspek berusia antara 33 hingga 49 tahun yang bekerja sebagai penjual, penjaga stor dan pembungkus dengan sindiket terbabit.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, premis berkenaan dijadikan stor penyimpanan dan pembungkusan vape dan pihaknya merampas 2,068 katrij, 550 pod dan 240 botol berisi cecair vape campuran ketamin dianggarkan berjumlah RM3.04 juta.

Menurut beliau, selain dadah yang dipercayai untuk pasaran di seluruh negara, polis turut merampas tiga buah kereta dan barangan kemas dianggarkan bernilai RM134,800.

“Sindiket ini menjual vape bercampur dadah secara terbuka kepada orang awam dan dipercayai aktif sejak enam bulan lalu.

“Mereka dipercayai membeli dadah siap diproses dalam talian dan menggunakan perkhidmatan kurier untuk penghantaran,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam.

Shazeli memberitahu, kesemua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img