Abu Sahid dan Wee Leong akan didakwa sekali lagi dalam masa terdekat

PENGARAH  Maju Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Abu Sahid Mohamed dan bekas pengarah, Datuk Yap Wee Leong akan dituduh di mahkamah sekali lagi dalam masa terdekat.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Ahmad Akram Gharib dalam satu kenyataan berkata, ia berkaitan penyalahgunaan dana membabitkan projek Lebuhraya Putrajaya ke KLIA (MEX II) bernilai RM314 juta.

 Katanya, Abu Sahid akan didakwa atas tujuh pertuduhan bersubahat mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama 403 Kanun Keseksaan membabitkan jumlah RM145 juta.

“Wee Leong akan didakwa atas 18 pertuduhan, sembilan daripadanya kerana mengemukakan tuntutan palsu mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 membabitkan jumlah RM209 juta.

“Sembilan lagi pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 berjumlah RM387 juta,” katanya.

Hari ini,  Abu Sahid dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan pecah amanah lebih RM313 juta dan 13 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM139.2 juta.

Wee Leong pula didakwa atas 17 pertuduhan menggunakan dokumen palsu antara Jun 2017 hingga April 2018 di mana dokumen berkenaan membabitkan tuntutan kerja tanah, saliran, cerun dan pembinaan subgred bagi projek Lebuhraya MEX II membabitkan nilai keseluruhan lebih RM314 juta.

Abu Sahid dan Wee Leong masing-masing mengaku tidak bersalah dan sebutan semula kes bagi kedua-duanya ditetapkan pada 3 November ini.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img