Kerajaan Negeri Melaka sampai insentif khas RM50,000, Ee Wie lahir hasrat tubuh akademi badminton

KERAJAAN negeri Melaka menyampaikan insentif khas RM50,000 kepada pemain beregu campuran negara kelahiran Melaka, Toh Ee Wei susulan kejayaan menjuarai Kejohanan Dunia di Paris, Perancis baru-baru ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kejayaan Ee Wei bersama gandingannya Chen Tang Jie muncul juara acara itu bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa malah turut membanggakan rakyat Melaka.

“Kerajaan negeri amat menghargai pencapaian Toh Ee Wei yang berjaya mengharumkan nama negeri dan negara. Insentif khas ini diharap menjadi penyuntik semangat kepada lebih ramai anak Melaka untuk berjaya di peringkat dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Ab Rauf menerima kunjungan Ee Wei di Pejabat Ketua Menteri di Seri Negeri Ayer Keroh hari ini.

Beliau berkata dalam pertemuan itu Ee Wei turut menyatakan hasrat untuk menubuhkan sebuah akademi badminton di Melaka sebagai usaha melahirkan lebih ramai bakat baharu sukan berkenaan.

“Kerajaan negeri menyambut baik cadangan ini kerana ia bukan sahaja memberi sumbangan besar kepada pembangunan sukan malah menjadi wadah beliau berbakti kepada negeri kelahirannya,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img