Punca kematian dua beradik disebabkan lemas, tiada unsur kekerasan

PUNCA  kematian dua beradik dalam kejadian kereta menggelongsor ke dalam Sungai Tanjung Agas Linggi, Port Dickson pada 4 Sept disebabkan lemas dan tiada unsur kekerasan ke atas mangsa.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata bedah siasat kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dan adik lelakinya enam tahun dilakukan pada 5 September di Hospital Port Dickson.

Beliau berkata siasatan masih diteruskan dan 15 keterangan saksi diambil termasuk bekas isteri kepada bapa dua beradik itu, yang merupakan ibu kanak-kanak tersebut serta beberapa individu di tempat kejadian bagi membantu siasatan.

“Status pengislaman kanak-kanak tersebut masih dalam siasatan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Siasatan memerlukan sedikit masa lagi untuk dilengkapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alzafny berkata dua suspek iaitu lelaki berusia 46 tahun dipercayai bapa kanak-kanak itu dan wanita berumur 41 tahun masih direman hingga 11 September bagi membantu siasatan.

Beliau berkata siasatan menyeluruh dan telus sedang dilakukan dengan mengambil kira keterangan saksi, bukti forensik dan elemen lain sebelum kertas siasatan dirujuk kepada pendakwa raya.

Sebelum ini, media melaporkan sebuah kereta jenis Nissan terjatuh ke dalam sungai itu pada 11.45 pagi, 4 September dengan dua kanak-kanak yang beralamat di Shah Alam, Selangor berada dalam kenderaan tersebut.

JHEAINS pula memaklumkan menjalankan semakan bagi menentukan status agama dua kanak-kanak itu selepas menerima permohonan daripada polis untuk berbuat demikian.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img