ADUN Karambunai  daripada Pas sah sokong Kerajaan Perpaduan Sabah

PAS hari ini menunjukkan ketegasan parti itu berhubung kedudukan Datuk Dr.Aliakhbar Gulasan apabila menyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai itu menyokong Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata walaupun tidak berada dalam Kabinet negeri, Aliakbar bukanlah orang asing dalam pentadbiran Hajiji kerana sebelum ini beliau pernah berkhidmat sebagai ADUN lantikan.

“Sekarang beliau dipilih oleh rakyat, maka keputusan ini akan membantu beliau melaksanakan tugas sebagai ADUN Karambunai.

“Walaupun tidak berada dalam Kabinet kerajaan Sabah, namun beliau diberi mandat untuk menyokong mana-mana perkara baik yang dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya lapor FMT.

Kenyataan Tuan Ibrahim itu  dilihat bertentangan dengan penjelasan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan Aliakhbar akan berada dalam blok pembangkang.

Menurut Tuan Ibrahim, langkah ADUN Karambunai itu adalah bertujuan bagi mengukuhkan  kestabilan kepimpinan Hajiji sebagai Ketua Menteri.

Katanya, keputusan itu akan dimaklumkan kepada pucuk pimpinan Pas dan menerusi mesyuarat PN.

Aliakbar mencipta sejarah apabila menang kerusi sulung Pas di Sabah pada PRN 29 Novvember  lalu, apabila meraih 7,054 undi dalam saingan 11 penjuru, menewaskan calon Warisan (6,689 undi), Gabungan Rakyat Sabah (4,818 undi) dan Barisan Nasional (4,475 undi).

Beliau menjadi satu-satunya calon Perikatan Nasional yang menang kerusi di pilihan raya tersebut yang menyaksikan parti Bersatu di bawah kepimpinan Muhyiddin sebagai Presiden kalah kesemua  33 kerusi yang ditandinginya.

Sementara itu, Sinar Harian melaporkan,  Aliakbar Gulasan menyatakan pendiriannya untuk terus menyokong Kerajaan Perpaduan Sabah.

Aliakbar, yang juga Pesuruhjaya Pas Sabah berkata, pimpinan Perikatan Nasional (PN) telah menyerahkan kepada Pas untuk menentukan arah sokongan parti di negeri itu.

“Memandangkan saya sudah bekerja selama lima tahun di bawah Ketua Menteri, jadi saya agak selesa dan serasi dengan beliau. Hubungan pun rapat, ditambah pula dengan usaha kita untuk meneruskan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

“Jadi perkara ini telahpun dimaklumkan kepada Ketua Menteri sejak awal, dan kita juga telah menghantar surat kepada beliau pada 9 Disember lalu untuk menyatakan sokongan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img