AKPS KLIA rampas lebih 1.2 tan daging sejuk beku dari Australia

AGENSI Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merampas sejumlah 1,234.9 kilogram daging lembu dan kambing sejuk beku tiada sijil kelulusan dalam pemeriksaan di Zon Komersial Bebas (FCZ) di Kargo KLIA, Sepang semalam.

AKPS dalam satu kenyataan berkata, rampasan dibuat hasil pemeriksaan di FCZ Kargo KLIA kira-kira jam 7 malam selepas pihaknya memeriksa konsainan berkenaan.

Katanya, pemeriksaan AKPS mendapati pengimport gagal mengemukakan sijil kesihatan asal yang sah daripada negara pengeksport, sekali gus melanggar syarat permit import yang ditetapkan.

“Konsainan tersebut dipercayai diimport dari Australia oleh sebuah syarikat tempatan dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM134,057.37.

“Kesemua barangan berkenaan telah ditahan bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang berkuat kuasa,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut agensi itu, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img