Aktiviti songsang: KPT arah seorang pegawai tadbir diplomatik  letak jawatan  serta merta

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi mengikuti jejak Kementerian Pendidikan apabila turut mengambil tindakan tegas terhada pegawai Kementerian tersebut yang terlibat dalam aktiviti songsang di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam kenyataan di Facebook beliau, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud memaklumkan seorang pegawai tadbir diplomatik (PTD) di pejabatnya yang ditahan di sebuah pusat sauna disyaki menjalankan aktiviti songsang diarah meletak jawatan serta-merta.

Selepas dimaklumkan oleh polis berhubung penahanan PTD itu, katanya, Unit Integriti Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) segera memulakan siasatan dalaman ke arah tindakan tatatertib mengikut ketetapan peraturan perkhidmatan.

“KPT menegaskan tiada sesiapa dikecualikan daripada proses undang-undang dan tatakelola, dan sebarang tindakan lanjut akan diputuskan berdasarkan hasil siasatan Unit Integriti serta kerjasama dengan pihak berkuasa.

“Sebagai timbalan menteri, saya menghormati proses siasatan sedang berjalan dan menyeru semua pihak tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan integriti penyiasatan,” katanya.

Sabtu lalu, 201 lelaki yang juga pengunjung sebuah pusat kesihatan di Chow Kit ditahan selepas disyaki terbabit aktiviti tidak bermoral.

Daripada 201 individu itu, 17 orang ialah penjawat awam membabitkan doktor bedah, timbalan pendakwa raya, PTD, guru dan pegawai agensi penguatkuasaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img