Anutin Charvirakul dipilih Perdana Menteri baharu Thailand

PEMIMPIN Parti Bhumjaithai Thailand Anutin Charnvirakul dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Thailand hari ini selepas menguasai majoriti undi di Parlimen.

Ahli politik veteran berusia 58 tahun itu, disokong oleh gabungan pimpinan parti Bhumjaithai dan parti pembangkang Parti Rakyat bagi membolehkan beliau menewaskan calon Pheu Thai Chaikasem Nitisiri dalam undian melibatkan 490 ahli Parlimen.

Anutin mendapat memperoleh 311 undi berbanding Chaikasem yang mendapat152, manakala 27 ahli Parlimen berkecuali, lapor Bernama.

Keputusan itu mengukuhkan kedudukan Anutin, kerana dia selesa melepasi 247 undi yang diperlukan untuk dipilih sebagai Perdana Menteri dan membentuk kerajaan seterusnya.

Undian yang bermula pada pukul 3 petang waktu tempatan (pukul 4 petang waktu Malaysia) berakhir dalam masa sejam.

Speaker Dewan Rakyat Wan Muhamad Noor Matha akan menyerahkan nama Anutin kepada Raja Maha Vajiralongkorn untuk perintah pelantikan diraja.

Anutin yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kesihatan adalah tokoh utama dalam memerangi wabak COVID-19 Thailand.

Dilahirkan di Bangkok, Anutin ialah anak sulung bekas Menteri Dalam Negeri Chavarat Charnvirakul.

Beliau belajar di Assumption College dan memperoleh ijazah kejuruteraan dari Hofstra University pada tahun 1989, diikuti dengan Mini MBA dari Thammasat University pada tahun 1990.

Anutin, pewaris kekayaan pembinaan utama, pernah berkhidmat sebagai Presiden firma keluarganya, Sino-Thai Engineering and Construction PCL, yang terlibat dalam projek-projek utama kerajaan termasuk Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok.

Beliau memasuki dunia politik pada tahun 1996 sebagai penasihat kepada Menteri Luar Negeri, dan kemudiannya berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kesihatan Awam dan Perdagangan.

Anutin pernah diharamkan daripada politik selama lima tahun selepas pembubaran Parti Thai Rak Thai pada 2006, beliau kembali pada 2012 untuk memimpin Parti Bhumjaithai.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img