Anwar sempat bertegur sapa dengan Kim Jong Un

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat bertemu dan bertegur sapa dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un ketika menyertai perarakan Hari Kemenangan China bagi memperingati 80 tahun berakhirnya Perang Dunia kedua, di Dataran Tiananmen, Beijing, China, pagi tadi.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata beliau sempat berjabat tangan dan bertegur sapa dengan pemimpin tertinggi Korea Utara itu.

“Secara kebetulan ketemu ketua pemerintah Korea Utara, Kim Jong Un yang turut hadir menyaksikan perarakan di Dataran Tiananmen. Sempat salam dan tegur sapa,” kata beliau.

Terdahulu, Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di dataran itu pada 8.30 pagi dan disambut  Presiden China Xi Jinping dan Wanita Pertama Peng Liyuan.

Menurut Kementerian Luar China, sebanyak 26 pemimpin asing menghadiri perarakan ketenteraan berskala besar itu termasuk Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Iran Masoud Pezeshkian, Raja Kemboja Norodom Sihamoni, Presiden Mongolia Ukhnaa Khurelsukh, Presiden Indonesia Prabowo Subianto dan Pemangku Presiden Myanmar Min Aung Hlaing.

Puluhan ribu orang turut menghadiri acara peringatan itu yang disiarkan secara langsung oleh media China.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img