Anwar setuju pertimbang pelepasan dana ATM

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju mempertimbangkan pelepasan perolehan dana Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi perbelanjaan operasi pasukan keselamatan itu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkara itu dimaklumkan Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam pertemuan bersama pimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan dan ATM di Wisma Perwira Kuala Lumpur.

“Perdana Menteri memaklumkan beliau memahami soal kesiagaan dan operasi yang perlu diteruskan dan keputusan untuk membekukan perolehan perlulah dibuat secara berhati-hati yang pada akhirnya tidak menjejaskan operasi dan kesiagaan.

“Beliau bersetuju supaya perkara-perkara seperti itu boleh dipertimbang dan dikecualikan,” katanya pada sidang media selepas pertemuan itu sempena Program Ihya’ Ramadan., lapor Bernama.

Pada 16 Jan lepas, Anwar mengarahkan semua keputusan perolehan ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkait dengan isu rasuah dibekukan sementara sehingga proses perolehan dipatuhi sepenuhnya.

Pembekuan itu dibuat berikutan kontroversi yang melanda ATM berkaitan isu rasuah dan salah guna kuasa membabitkan beberapa bekas pimpinan tertinggi dalam ATM.

Pada masa sama, Mohamed Khaled berkata Perdana Menteri turut menekankan supaya semua proses perolehan dilaksanakan secara telus serta menyokong usaha Kementerian Pertahanan memperkasa tadbir urus khususnya dalam aspek perolehan.

“Selain itu, Perdana Menteri juga memberi penekanan terhadap kesiapsiagaan ATM sebagai satu kemestian berasaskan perubahan geopolitik semasa, sama ada di rantau ini mahupun di peringkat global,” katanya.

Beliau berkata dalam pertemuan itu juga, Perdana Menteri memberi penekanan terhadap kebajikan dan kesejahteraan anggota tentera termasuk penyediaan rumah yang lebih selesa.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img