Syabu RM1.28 juta dirampas di lobi kondominium

POLIS merampas 25.7kg syabu bernilai kira-kira RM1.28 juta di lobi sebuah kondominium di Penampang, semalam.

Ketua Polis Penampang, Sammy Newton berkata, ketika memeriksa empat kotak mencurigakan, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Penampang menemui 24 peket plastik lut sinar berisi ketulan hablur disyaki methamphetamine.

“Keseluruhan dadah dirampas dianggarkan seberat 25.74kg dengan nilai kira-kira RM1.28 juta dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya lapor  Berita Harian.

Beliau berkata, pihaknya giat mengesan individu terbabit kes itu bagi membongkar rangkaian pengedaran dadah berkenaan.

Sammy turut merakamkan terima kasih kepada orang awam atas maklumat disalurkan dan menggesa semua pihak terus bekerjasama dengan polis menyalurkan maklumat bagi memastikan daerah itu kekal selamat serta bebas ancaman dadah.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img