Baling batu dari jambatan: Polis kesan pelaku sebabkan kerosakan pengguna WCE

POLIS sedang menyiasat insiden sebuah kereta mengalami kerosakan selepas dibaling batu dari atas jambatan di Kilometer 8.3 arah selatan, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) berhampiran Jambatan Seri Cheeding, Kuala Langat, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, kejadian tidak bertanggungjawab itu dipercayai berlaku kira-kira jam 3.30 pagi.

“Tindakan individu membaling batu dari atas jambatan itu mengakibatkan kerosakan pada kenderaan terbabit, namun tiada kecederaan dilaporkan terhadap pemandu dan penumpang kereta.

“Laporan dibuat bagi memohon pihak polis meningkatkan kekerapan rondaan di kawasan berkenaan bagi menjamin keselamatan pengguna lebuh raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kejadian itu, Mohd Akmalrizal berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Polis giat mengesan suspek dan menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-3187 2222,” katanya.

Menerusi satu rakaman video tular, sebuah kenderaan mengalami kerosakan pada bahagian cermin hadapan dipercayai dibaling batu oleh individu tidak dikenal pasti ketika melalui lebuh raya berkenaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img