Empat sungai di Sarawak catat paras bahaya: 1,593 mangsa banjir dicatatkan di empat negeri

SEKURANG-kurangnya empat sungai di Sarawak mencatat paras air melebihi tahap bahaya setakat jam 7 pagi ini iaitu Long Teru dan Marudi di Miri, Nanga Lemai B di Sibu dan Sebetan di Betong.

Menurut laman web Public Info Banjir, eberapa sungai di negeri itu juga berada pada tahap amaran dan waspada antaranya Nanga Insungai dan Lubok Piasau II di Limbang, Benawa di Miri, Sungai Salim B di Sibu dan Sungai Sibiu di Bintulu.

Sementara itu Sungai Perak di Teluk Sena, Perak Tengah juga dikesan melebihi tahap bahaya.

Sementara itu, sebanyak 1,593 mangsa banjir berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri, setakat jam 9 pagi ini.

Menurut laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ia membabitkan 499 keluarga yang berada di 18 PPS di Sarawak, Sabah, Pahang dan Johor.

Sarawak mencatat jumlah tertinggi dengan 1,197 mangsa berada di 11 PPS di Kuching (1,053), Limbang (118) dan Samarahan (26).

Diikuti Beaufort, Sabah (201), Raub, Pahang (83) dan Segamat, Johor (112).

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img