Beberapa laluan utama ditutup Ahad ini sempena Selangor International Ride 2025

BEBERAPA laluan utama di sekitar daerah Sepang dan Kuala Langat akan ditutup sempena penganjuran acara kayuhan basikal Selangor International Ride 2025 pada Ahad ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, program anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu dijangka menghimpunkan kira-kira 1,000 peserta melibatkan dua kategori kayuhan sejauh 80 kilometer dan 25 kilometer dengan lokasi permulaan serta penamat di PKNS Sales Gallery, Cyberjaya.

Bagi kategori 80 kilometer, laluan kayuhan merangkumi PKNS Sales Gallery, Persiaran Rimba Permai, Putrajaya, Pekan Dengkil, Bukit Changgang, pekan Salak Tinggi, Jalan Jenderam, Jalan Dengkil sebelum kembali ke lokasi permulaan.

Sementara itu, kategori 25 kilometer akan melalui laluan PKNS Sales Gallery, Persiaran Cyberjaya Valley 3, Persiaran Rimba, Persiaran Sepang, Persiaran Semarak Api, Persiaran Multimedia dan berakhir di PKNS Sales Gallery.

“Sepanjang acara berlangsung, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor (JSPT) akan melaksanakan kawalan iringan bermotosikal bagi memastikan keselamatan peserta dan kelancaran aliran trafik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, orang ramai khususnya pengguna jalan raya di kawasan berkenaan dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal serta mematuhi arahan polis trafik yang bertugas.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img