Kejayaan KOSAS hasil pengorbanan, iltizam, kepimpinan, kata Pengerusi SKM

KEJAYAAN Koperasi Serbaguna Anak-Anak Selangor Berhad (KOSAS) yang menyambut Jubli Emas lima dekad penubuhan dan sumbangan terhadap pembangunan gerakan koperasi Selangor dan Malaysia bukanlah datang dengan mudah.

Ketika berucap pada Majlis Makan Malam Jubli Emas KOSAS di Hotel Wyndham Acmar Klang, Pengerusi Sruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal berkata, kejayaan KOSAS dibina melalui pengorbanan, iltizam dan daya kepimpinan mereka yang pernah menerajui serta mendukung koperasi tersebut sejak awal penubuhannya

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pengasas, barisan kepimpinan terdahulu dan seluruh warga KOSAS yang menjadi nadi keutuhan perjalanan koperasi itu selama ini.

Ahmad Norihan berkata,  tempoh 50 tahun adalah bukti ketahanan KOSAS dalam menyesuaikan diri dengan perubahan zaman, sekaligus kekal relevan meskipun dunia bergerak menuju era digital, automasi, kecerdasan buatan (AI) dan model ekonomi baharu.

“Lima puluh tahun adalah suatu tempoh yang cukup panjang untuk membuktikan sesuatu, bahawa KOSAS bukan hanya relevan tetapi juga mempunyai daya tahan dan kemampuan menyesuaikan diri dengan perubahan zaman,’’ katanya yang turut mengucap tahniah kepada KOSAS.

Majlis makan malam itu turut dihadiri oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai tetamu kehormat,  Exco Kemajuan Desa, Perpaduan & Pengguna,  Datuk Rizam Ismail, Pengerusi KOSAS Datuk Mohd Aini Taib danKetua Pegawai Eksekutif KOSAS, Norazli Rusli @ Abdullah

Ahmad Norihan berkata, dengan integriti, disiplin, amanah serta budaya kerja tinggi yang menjadi identiti KOSAS, beliau yakin koperasi itu mempunyai potensi besar untuk terus menjadi pemain penting dan pencetus inspirasi dalam gerakan koperasi negara.

Beliau menegaskan,  sambutan Jubli Emas bukan sekadar mengenang sejarah tetapi menjadi titik tolak bagi mencorakkan visi baharu yang lebih berani dan progresif.

“Jika permulaan KOSAS dahulu hanyalah langkah sederhana, maka langkah masa depan perlu lebih jauh, lebih luas dan lebih signifikan demi memastikan legasi yang dibina hari ini memberi manfaat kepada generasi akan datang”, katanya.

 Selangor merupakan antara negeri  paling aktif dalam pembangunan koperasi. Sehingga 31 Disember 2024, negeri itu merekodkan 2,189 koperasi dengan 654,727 anggota, manakala prestasi ekonomi turut menunjukkan kekukuhan dengan perolehan RM796.23 juta, syer dan yuran RM789.34 juta serta aset bernilai RM2.816 bilion.

Dalam konteks ini, KOSAS diakui sebagai salah satu penyumbang utama kepada kekuatan statistik gerakan koperasi negeri sejak lima dekad lalu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img