Bekas Panglima Tentera Darat bebas reman SPRM

BEKAS Panglima Tentera Darat (PTD) dilepaskan daripada reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin, selepas ditahan selama tujuh hari sebelum ini bagi membantu siasatan kes tender perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Difahamkan, proses mendapatkan keterangan pegawai tinggi berusia 58 tahun itu sudah dilengkapkan oleh pegawai penyiasat SPRM.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata, pihaknya sudah membebaskan PTD daripada tahanan reman pada jam 6.30 petang kelmarin.

Pada 7 Januari lalu, bekas PTD bersama dua isterinya ditahan oleh SPRM berkait projek perolehan tender Tentera Darat dan keesokan harinya, pegawai itu direman selama tujuh hari, manakala kedua-dua isterinya masing-masing direman tiga dan enam hari.

SPRM sebelum ini memaklumkan, bekas PTD itu dikehendaki memberi keterangan pada 28 Disember tahun lalu, namun tidak dapat berbuat demikian kerana dimasukkan ke hospital.

Agensi penguat kuasa itu juga hadir ke Kementerian Pertahanan pada 23 Disember lalu, bagi memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek membabitkan tentera darat sejak 2023.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img