Guru besar dan isteri ditemukan maut dengan kesan kecederaan serius di Kuching

SEORANG  guru besar sekolah rendah di Sri Aman dan isterinya ditemukan maut di Jalan Brayun di Kuching pada awal pagi tadi dengan kesan kecederaan serius di bahagian tubuh.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan pasangan itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kecederaan serius pada 6.55 pagi.

“Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman bersama pegawai perubatan dari Hospital Sri Aman segera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan awal mengesahkan bahawa kedua-dua mangsa, iaitu seorang lelaki berumur 45 tahun dan isterinya berumur 44 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Motif serta punca kejadian masih dalam siasatan dan usaha mengumpul bukti serta keterangan saksi sedang giat dijalankan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Asisten Superintenden Kalang di talian 019-331 7785 atau pusat kawalan daerah IPD Sri Aman atau balai polis berdekatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img