BANK Negara Malaysia (BNM) mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan artikel dan halaman media sosial palsu yang menyamar menggunakan identiti Gabenor.
Menurut kenyataan BNM, penyebaran kandungan tidak sahih itu berpotensi mengelirukan orang ramai selain menjejaskan kepercayaan terhadap maklumat rasmi institusi berkenaan.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya membuat semakan dan mendapatkan pengesahan melalui saluran rasmi sekiranya mempunyai sebarang keraguan.
“Jangan terpedaya dengan artikel dan halaman media sosial palsu yang menyamar sebagai Gabenor BNM.
“Jika ragu-ragu, hubungi BNMLINK melalui bnmlink.bnm.gov.my,” menurut kenyataan itu.
BNM turut menegaskan orang ramai perlu lebih berwaspada terhadap penipuan dalam talian yang semakin berleluasa, khususnya yang menggunakan nama tokoh atau institusi bagi memperdaya mangsa.


