Polis cari bekas suami mangsa tikam di Guar Chempedak

POLIS kini mengesan bekas suami kepada wanita yang ditemukan maut bersama seorang lelaki dengan beberapa kesan tikaman di Taman Nona, Guar Chempedak, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohd Hamizi Abdullah berkata, lelaki itu dikesan untuk membantu siasatan berhubung kejadian yang berlaku sekitar jam 9 malam itu.

Beliau berkata, selain itu pihaknya juga sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui motif sebenar kejadian itu berlaku.

“Kita akan melakukan siasatan secara menyeluruh daripada semua sudut untuk menyelesaikan kes ini secepat mungkin,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki dan wanita ditemukan meninggal dunia dengan kesan tikaman di bahagian badan dipercayai dibunuh.

Wanita berusia 28 tahun itu ditemui di bahagian tempat duduk hadapan sebuah kereta Proton Wira di hadapan rumah penduduk manakala lelaki itu ditemui tertiarap di atas jalan di taman perumahan itu tidak jauh dari kereta berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img