Cef mengaku bersalah rogol anak teman wanita

SEORANG cef berusia 20 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas pertuduhan merogol anak perempuan teman wanitanya, Februari lalu.

Tertuduh, S Kaveendra membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di sebuah rumah di Taman Dato Undang Haji Mohammad Sharif, Rembau antara jam 8 pagi hingga 10 pagi, dalam tempoh 26 hingga 28 Februari lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh sementara menunggu hukuman dijatuhkan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dan menetapkan 15 Jun depan bagi serahan laporan akhlak serta keputusan hukuman.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img