SEORANG lelaki dipercayai berjaya melarikan diri selepas mencuri seutas rantai tangan emas bernilai RM20,000 di sebuah kedai emas di Tikam Batu, Sungai Petani.
Video 23 saat itu menunjukkan lelaki terbabit dipercayai tergesa-gesa meninggalkan kedai emas terbabit bersama rantai tangan emas sebelum dikejar pekerja kedai emas terbabit.
Difahamkan, lelaki itu mencuri seutas rantai tangan jenis sauh love seberat 40.98 gram di kedai emas berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan kejadian itu namun siasatan masih dijalankan.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
“Kita menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 1.41 tengah hari tadi. Namun siasatan masih dijalankan setakat ini,” katanya, lapor Berita Harian Online.


