Diperdaya ‘bomoh scammer’,  ibu tunggal rugi RM103,000, turut serah gambar, video tak senonoh

SEORANG tukang jahit kerugian RM103,000 selepas diperdaya ‘bomoh scammer’ yang dikenalinya melalui aplikasi media sosial.

Ketua Polis Daerah Rompin Supt Sharif Shai Sharif Mondoi berkata mangsa berusia 51 tahun, seorang ibu tunggal dari Terengganu, membuat laporan polis semalam selepas ditipu suspek yang menawarkan rawatan perubatan mistik.

Beliau berkata suspek yang merupakan seorang lelaki memperdayakan mangsa dengan menawarkan rawatan berkenaan sehingga mendorong wanita itu menyerahkan harta serta rakaman video dan gambar tidak senonoh.

“Mangsa menjual empat utas gelang tangan emas berjumlah RM71,350 di sebuah kedai emas di Chukai, Terengganu pada 3 Sept sebelum meletakkan wang tunai RM71,000 bersama seutas rantai emas seberat 80 gram berhampiran longkang di kawasan Kota Bahagia, Rompin,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Sharif Shai berkata suspek menjanjikan mangsa akan menerima semula wang itu dalam tempoh tiga hingga empat hari atau dua minggu, sebagai helah untuk memujuk wanita berkenaan meneruskan rawatan.

“Mangsa juga diarahkan merakam video dan gambar tidak senonoh dengan mana-mana lelaki. Mangsa akur dan menyerahkan rakaman serta gambar dalam keadaan tidak berpakaian kepada suspek pada 5.30 pagi, 4 Sept,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, selain menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran rawatan mistik atau individu tidak dikenali melalui media sosial.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img