Disyaki berkhalwat di Sabah: Seorang pegawai kanan sebuah Kementerian direhatkan serta-merta

KETUA Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memaklumkan seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan serta-merta berikutan tuduhan salah laku yang diterima.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, tindakan itu diambil bagi membolehkan siasatan terhadap dakwaan salah laku berkenaan dimulakan segera.

Katanya, sekiranya pegawai terbabit didapati bersalah, tindakan tatatertib akan diambil selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Saya mengambil maklum berkenaan satu kes tuduhan salah laku melibatkan pegawai kanan di sebuah kementerian. Oleh yang demikian, pegawai akan direhatkan serta-merta sementara siasatan salah laku dimulakan segera,” katanya.

Terdahulu, tersebar klip video berdurasi 11 saat di media sosial, mendakwa seorang ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian ditahan pihak berkuasa agama kerana disyaki terbabit dengan perbuatan khalwat ketika berada di Kota Kinabalu, Sabah.

Shamsul Azri menegaskan, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran tatakelola atau salah laku membabitkan pegawai awam.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img