Seorang maut, tiga lagi cedera dalam nahas membabitkan dua kereta

SEORANG lelaki maut, tiga termasuk kanak-kanak perempuan cedera manakala dua selamat dalam nahas melibatkan dua buah kereta di laluan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Bakti, Mentakab petang ini.

Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira jam 4.38 petang melibatkan dua buah kereta jenis Perodua Myvi dan BMW.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, Perodua Myvi dinaiki tiga mangsa termasuk mangsa lelaki yang maut bersama dua wanita yang cedera.

Menurutnya, dua mangsa menaiki BMW selamat manakala seorang penumpang kanak-kanak cedera.

“Pihak bomba menerima laporan berhubung kemalangan itu jam 4.38 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab ke lokasi berjarak 11 kilometer dari balai untuk operasi menyelamat.

“Anggota yang tiba di lokasi segera mengeluarkan mangsa yang berada di bahagian belakang kereta, bagaimanapun lelaki itu disahkan telah meninggal dunia,” katanya, lapor Sinar Harian.

Zulfadli berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img