Doktor berpuas hati tahap kemajuan proses pemulihan Dr.Mahathir

PIHAK perubatan dan doktor pakar yang merawat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berpuas hati dengan tahap kemajuan proses pemulihan dan rawatan selepas 14 hari beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

Setiausaha Akhbar Dr Mahathir, Sufi Yusoff, menerusi kenyataan hari ini memaklumkan bahawa beliau masih menerima rawatan fisioterapi tanpa pembedahan.

“Bagaimanapun, proses pemulihan secara fisioterapi ini tetap dijangka mengambil masa yang agak panjang,” katanya.

Sementara itu, Sufi memaklumkan Dr Mahathir dan keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertanyakan keadaan kesihatan beliau serta mendoakan beliau cepat pulih.

Menurut kenyataan itu, pihak keluarga tokoh berkenaan turut memohon maaf memandangkan atas nasihat pakar perubatan, buat masa ini ziarah hanya terhad kepada keluarga.

Negarawan berusia 100 tahun itu dimasukkan ke IJN pada 6 Jan lepas selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya di The Mines, Seri Kembangan, dan disahkan mengalami patah tulang pinggul kanan.

Beliau kemudiannya menjalani rawatan fisioterapi tanpa pembedahan setelah perbincangan bersama doktor pakar daripada IJN, Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan Hospital Kuala Lumpur yang memutuskan rawatan berkenaan sebagai pilihan terbaik.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img