POLIS menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang pemilik kedai cuci kereta yang ditembak di hadapan premisnya di Jalan Besar Permatang Keling di Nibong Tebal, pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, dua suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan berasingan di negeri ini namun polis masih menyiasat motif sebenar insiden tersebut.
“Suspek direman masing-masing sehingga 24 dan 25 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, lapor Bernama.
Dalam kejadian Jumaat lalu, seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an meninggal dunia ketika menerima rawatan selepas ditembak beberapa das di bahagian badan dan kaki dari jarak dekat oleh seorang suspek tidak dikenali.
Mangsa didakwa didatangi dua lelaki yang menunggang motosikal dengan seorang daripadanya menunggu di kenderaan itu.


