Dua penjawat awam ditahan reman bantu siasatan tuntutan palsu RM23,000 bekal makanan

DUA  penjawat awam direman enam hari sehingga 25 Januari ini bagi membantu siasatan tuntutan palsu berkaitan pembekalan makanan sekolah di Kemaman.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan oleh Majistret Marsha Abdul Malik selepas permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

Menurut sumber kedua-dua suspek yang terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan lewat 40-an itu ditahan kira-kira jam 3 petang ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kemaman, lapor Sina Harian.

Siasatan awal mendapati mereka disyaki terlibat dalam pemalsuan tuntutan bernilai kira-kira RM23,000 membabitkan perolehan pembekalan makanan di sebuah sekolah di Kemaman bagi tempoh 2023 hingga 2024.

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati tiada bekalan makanan sebenar dilaksanakan seperti yang dinyatakan dalam tuntutan berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid mengesahkan penahanan tersebut dan memberitahu kes itu disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan tangkapan susulan akan dibuat bagi membantu siasatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img