Dua sahabat warga emas maut dalam kemalangan dengan lori

DUA sahabat warga emas maut setelah kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Batu 5 1/2 Jalan Yong Peng, Batu Pahat, pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam PBK II Khirdir Kamaludin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.43 pagi sebelum enam anggota dan satu jentera jenis Fire Rescue Tender (FRT) digerakkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata setibanya di lokasi kejadian, pihaknya mendapati terdapat kemalangan antara kereta jenis Proton Saga dengan lori jenis Nissan 17 tan, mangsa yang maut dikenali sebagai Rosli Mohamed, 60, dan Mohd Salleh Lamisza, 63.

“Mangsa yang terdiri daripada pemandu dan penumpang kereta itu berjaya dikeluarkan, namun kedua-duanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada 9.22 pagi.

Seorang lelaki berusia 46 tahun yang juga pemandu lori berkenaan dilaporkan selamat.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img