Enam beranak dilaporkan hilang di Bentong ditemui selamat

MISTERI kehilangan enam sekeluarga sejak beberapa hari lalu terungkai apabila mereka tampil sendiri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, wanita berusia 41 tahun bersama lima anaknya itu hadir ke IPD kira-kira jam 9.30 malam dalam keadaan selamat.

“Siasatan awal mendapati tindakan mereka keluar dari rumah adalah disebabkan perselisihan faham keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai khususnya penduduk Bentong atas kerjasama dan maklumat yang disalurkan sehingga kes tersebut berjaya diselesaikan.

Terdahulu, media melaporkan enam sekeluarga itu didakwa hilang selepas dipercayai keluar dari kediaman mereka di Taman Orkid, Bentong sejak Isnin lalu.

Kehilangan itu membabitkan seorang wanita dikenali sebagai M. Rekha bersama lima anaknya berusia antara empat hingga 19 tahun.

Laporan polis berhubung kehilangan mereka diterima pada jam 7.34 malam, 30 Mac lalu selepas suami wanita berkenaan memaklumkan isterinya bersama anak-anak tiada di rumah sejak kira-kira jam 6.30 pagi hari sama.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img