PENDAKWAH bebas, Firdaus Wong Wai Hung mendakwa beliau menerima ugutan bunuh susulan hantaran dalam laman sosialnya berkaitan titah Sultan Selangor mengenai isu ladang babi.
Firdaus memaklumkan beliau akan membuat laporan polis terhadap individu bernama Ong Meng yang membuat hantaran ugutan di ruangan komen.

Menurutnya, ini bukan kejadian pertama, malah beliau mendakwa pernah menerima ugutan pukul dan bunuh sebelum ini.
“Tahun lepas saya telah membuat dua laporan polis. Individu yang mengugut bunuh mengaku dia melakukannya tetapi masih belum didakwa.
“Joseph Prakash, individu yang mengugut untuk memukul saya juga belum didakwa,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Dalam pada itu Firdaus membandingkan tindak balas pihak berkuasa terhadap kes berkenaan dengan kes melibatkan pelawak, Harith Iskander.
“Kes itu kurang seminggu suspek telah ditahan, didakwa dan dijatuhkan hukuman,” ujarnya.


