Letupan di universiti swasta di ibu negara, seorang maut, 9 termasuk 4 pelajar cedera

SEORANG maut, manakala sembilan lagi cedera dalam satu letupan melibatkan pemampat pendingin hawa di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pagi ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, polis menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 11.45 pagi.

Katanya, letupan berlaku di kawasan penyelenggaraan yang terletak bersebelahan kafeteria di tingkat empat bangunan universiti itu.

Menurut kenyataan, Soo Yu Yuan, 24, disahkan maut di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Katanya, empat pelajar di universiti berkenaan cedera. Turut mengalami cedera ringan dua pekerja kantin dari Indonesia.

“Dua kontraktor lain turut parah.”

Fadil sebelum itu dalam kenyataannya dipetik Bernama berkata, sembilan mangsa terlibat dengan kecederaan berbeza termasuk ada mangsa cedera parah, melecur serta kecederaan akibat terkena serpihan kerana letupan berlaku dengan kuat sehingga menyebabkan kerosakan pada dinding di kawasan terlibat.

Beliau berkata, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke beberapa hospital berdekatan termasuk Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), HKL serta Hospital Sungai Buloh dan diasingkan mengikut tahap kecederaan masing-masing.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img