Gelombang haba tahap dua landa empat daerah di Kedah

EMPAT daerah di Kedah iaitu Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Baling merekodkan gelombang haba tahap dua setakat jam 6 pagi dengan suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah celcius.

Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dalam kenyataan di laman sesawang rasmi berkata, sebanyak 12 kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia pula berada pada tahap satu selepas merekodkan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

Menurut METMalaysia, cuaca panas dijangka berlaku sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

“Ini membabitkan kawasan Kedah iaitu Sik, Padang Terap, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu serta daerah sebelah utara di Pulau Pinang.

“Amaran sama dikeluarkan bagi Hulu Perak, Kinta dan Kuala Kangsar di Perak termasuk seluruh Perlis,” katanya.

Justeru, METMalaysia menasihatkan penduduk di semua kawasan terbabit berjaga-jaga, minum air secukupnya dan mengurangkan aktiviti luar kerana keadaan kering.

Katanya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian menerusi laman sesawang rasmi METMalaysia.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img