DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil empat tindakan sita membabitkan barangan perniagaan diletakkan di atas laluan pejalan kaki di sekitar ibu negara, kelmarin.
Agensi pihak berkuasa tempatan itu dalam kenyataan berkata, operasi penguatkuasaan tersebut dijalankan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Rembia.

Katanya, tindakan itu dilakukan bagi memastikan laluan awam sentiasa teratur, selamat dan tidak dihalang sebarang barangan diletakkan tanpa kebenaran.
“Sebanyak empat tindakan sita diambil terhadap barangan di atas laluan pejalan kaki sehingga mengganggu pergerakan orang awam dan menjejaskan kelancaran laluan berkenaan.
“DBKL akan terus mempergiat pemantauan dan tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan penggunaan laluan awam sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan,” katanya.


