GEMPA bumi berkekuatan 7.6 skala Richter menggegarkan luar pantai utara Jepun hingga mencetuskan amaran tsunami.
Agensi Meteorologi di Tokyo mengesahkan, pusat gempa terletak di luar pantai wilayah Aomori dan gegaran kuat itu berlaku pada jam 11.15 malam (waktu tempatan) Isnin.
“Pusat gempa terletak kira-kira 50 kilometer di bawah dasar laut Gempa susulan turut direkodkan,” ujarnya lagi.
Susulan itu, pihak berkuasa memberi amaran tentang potensi gelombang tsunami setinggi tiga meter yang dijangka melanda kawasan pesisir pantai.
Ia menggesa komuniti di kawasan dataran rendah supaya segera berpindah ke lokasi lebih tinggi.
Gegaran itu turut mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai termasuk pelancong.


