Hanya kerana nasi belum masak, lelaki naik angin tetak rakan sekerja

SEORANG pekerja restoran cedera di tangan selepas ditetak dengan pisau pemotong ikan oleh rakan sekerjanya yang hilang kawalan susulan teguran mengenai nasi yang belum dimasak di sebuah restoran dekat Kubota Sentral, Tawau, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, mangsa mengalami kecederaan pada tangan kiri dikejarkan ke Hospital Tawau dan menerima 10 jahitan akibat luka yang dialami.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, insiden tercetus ketika kedua-dua mereka sedang bekerja, apabila mangsa menegur suspek mengenai nasi yang masih belum dimasak.

Bagaimanapun katanya, berpunca daripada teguran itu suspek dikatakan berang dan gagal mengawal emosi lalu menyerang mangsa secara mengejut.

“Selepas menerima rawatan, mangsa kemudiannya tampil membuat laporan kira-kira jam 9.31 malam, pada hari kejadian.

“Suspek ditangkap jam 7 malam tadi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau berhampiran sebuah restoran dekat Jalan Habib Hussein, di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, polis turut merampas sebilah pisau sepanjang kira-kira 33 sentimeter serta sekeping plastik putih yang dipercayai berkaitan kes terbabit.

“Suspek bersama barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img