KRISIS tenaga global tenaga yang semakin meruncing kini memberi tekanan ketara kepada pasaran domestik, susulan lonjakan mendadak harga minyak diproses, khususnya diesel yang mencecah paras AS$250 setong.
Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan berkata,, tekanan sebenar terhadap harga runcit berpunca daripada harga produk ditapis berkenaan, berbanding minyak mentah Brent yang hanya melepasi AS$100 setong selepas meningkat lebih 40 peratus.
‘’Bagi melindungi kesejahteraan rakyat, kerajaan menegaskan komitmen untuk tidak memindahkan sepenuhnya beban kenaikan harga global kepada pengguna,’’ kata kenyataan tersebut;
Berikut kenyataan penuh MoF:
Krisis tenaga global yang masih berlarutan telah mendorong lonjakan harga minyak mentah Brent global melebihi 40%, sehingga melepasi paras AS$100 setong. Lebih kritikal, harga minyak yang diproses (refined product) bagi petrol dan diesel juga melambung tinggi masing-masing pada harga AS$150 setong dan AS$250 setong, sekali gus memberi tekanan kepada harga jualan runcit bagi kedua-dua produk
berkenaan. Kerajaan komited untuk memastikan rakyat tidak menanggung sepenuhnya kesan kenaikan harga minyak global. Sejak krisis Asia Barat meletus, Kerajaan tidak mengapungkan sepenuhnya harga runcit di pam malah masih menampung sebahagian kos subsidi petrol dan diesel bagi tempoh 3 minggu berturut-turut.
Justeru, usaha mengekalkan harga petroleum bersubsidi kepada rakyat serta sektor tertentu akan terus diperkukuh bagi membendung kenaikan harga barangan dan melindungi kesejahteraan rakyat. Selaras dengan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 2 April hingga 8 April 2026 adalah seperti berikut:
Harga Runcit Tanpa Subsidi

Manakala, Kerajaan masih mengekalkan harga bersubsidi secara bersasar kepada rakyat dan sektor tertentu seperti berikut:

Bermula 1 April 2026, had kelayakan BUDI95 diselaraskan kepada 200 liter sebulan. Pelarasan ini merupakan langkah sementara sehingga keadaan bekalan global kembali stabil. Selain itu, Kerajaan turut melaksanakan had pengisian diesel bagi mengekang ketirisan dan penyeludupan di Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan seperti berikut:

Sebagai langkah interim susulan kenaikan harga diesel, Kerajaan mengekalkan bantuan tunai tambahan BUDI Diesel sebanyak RM100 pada bulan April, menjadikan jumlah bantuan sebanyak RM300 kepada penerima BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi.
Selain langkah interim ini, Kerajaan juga sedang mempertimbang langkah-langkah jangka sederhana dan panjang bagi memastikan mekanisme subsidi kekal mampan, telus dan memanfaatkan rakyat, dengan mengambil kira perkembangan semasa krisis tenaga global serta implikasi terhadap pasaran tenaga global.
Kerajaan MADANI akan terus mengimbangi keperluan fiskal dengan perlindungan rakyat secara teliti dan berhemah bagi memastikan kesejahteraan ekonomi negara serta kelangsungan hidup rakyat terus terpelihara.


