Anggota tentera Indonesia Farizal Rhomadhon terbunuh diserang Israel ketika solat Isyak

SALAH seorang anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang menyertai Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL), Farizal Rhomadhon dikatakan terbunuh ketika solat Isyak akibat mortar Altileri dilepaskan oleh Israel

Komandan Briged Infantri 25/Siwah, Kolonel Infantri Dimar Bahtera berkata,  kejadian berlaku ketika mangsa sedang menunaikan solat Isyak di kawasan penugasan berhampiran Adchit Al Qusayr pada Ahad.

“Ketika solat Isyak, arwah sedang menunaikan ibadah dan pada masa itu satu peluru mortar artileri jatuh berhampiran masjid,” katanya lapor republika.co.id di Yogyakarta.

Menurut beliau, letupan berlaku sangat hampir dengan lokasi ibadah, menyebabkan mangsa meninggal dunia  di tempat kejadian.

Serangan mortar itu dipercayai berkait dengan operasi ketenteraan Israel Defense Forces (IDF) susulan peningkatan konflik di selatan Lubnan.

Selepas insiden tersebut, jenazah arwah dibawa ke Ibu pejabat Sektor Timur UNIFIL untuk urusan penghormatan terakhir serta solat jenazah oleh anggota pasukan.

Jenazah kemudian dijadualkan dibawa ke hospital di Beirut bagi menjalani proses bedah siasat sebelum dihantar pulang ke Indonesia.

“Bedah siasat itu akan dilakukan oleh pihak PBB, dan selepas itu barulah proses membawa pulang jenazah dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya.

Tambah beliau, proses penghantaran pulang jenazah melibatkan beberapa peringkat dokumentasi sebelum dibenarkan diterbangkan ke tanah air.

Setibanya di Indonesia, arwah akan diberikan penghormatan ketenteraan sebelum dikebumikan di kampung halamannya di Kulon Progo, Yogyakarta atas  permintaan keluarga..

Dalam perkembangan berkaitan, siasatan awal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati insiden tersebut berpunca daripada tembakan kereta kebal milik tentera Israel.

Laporan menyebut satu projektil telah meletup di posisi UNIFIL berhampiran Adchit Al Qusayr.

Sumber PBB turut memaklumkan bahawa serpihan peluru kereta kebal ditemukan di lokasi kejadian, menguatkan lagi dakwaan bahawa tembakan tersebut berasal daripada pihak Israel.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img