Imam Masjid Al-Aqsa zahirkan penghargaan kepada Malaysia bantu rakyat Palestin – PM

IMAM Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis, Sheikh Ali Umar Yaqoub Abbasi, menzahirkan penghargaan terhadap usaha kerajaan serta rakyat Malaysia yang tidak jemu mendoakan dan menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin, di Gaza mahupun di Al-Quds.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penghargaan berkenaan disampaikan sendiri oleh Sheikh Ali Umar kepadanya, sewaktu beliau menerima kunjungan tokoh agama itu petang ini.

Perdana Menteri berkata, dalam pertemuan itu, beliau dan Sheikh Ali Umar turut senada dan sepakat mengenai kepentingan Masjid Al-Aqsa dan masa hadapan Al-Quds.

“Saya turut berkongsi inisiatif yang dijalankan oleh Kerajaan MADANI bagi terus menyokong usaha pembebasan Masjid Al-Aqsa.

“Moga Allah SWT sentiasa memberkati usaha kita untuk terus berdiri bersama saudara-saudara di Palestin, dalam menentang keganasan rejim zionis Israel,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook beliau malam ini.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img